Wartawan kecewa disidai hampir 2 jam, menteri lambat hadir ke sidang media pada masa yang ditetapkan



Tular di media sosial semalam, beberapa wartawan yang meluahkan rasa kesal dengan kecewa terhadap dua menteri yang dikatakan 'menyidai' mereka hampir dua jam. 


Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, sidang media bersama dua menteri terbabit akan dimulakan pada jam 2.30 petang Khamis, 5 Januari 2023 di dewan sebuah kementerian di Putrajaya.




Namun, waktu yang ditetapkan tidak ditepati menyebabkan wartawan-wartawan yang hadir terpaksa menunggu lama. 


"Menteri-menteri kerajaan baru ni memang suka sidai reporters berjam-jam eh? Invite jam 2.30 petang, dah dekatt 5.30 petang, tak ada petanda nak mula sidang media lagi. Semalam kena sidai dekat dua jam, boleh dah hantar (menteri-menteri pergi) kursus time management," kata Hariz Mohd (MalaysiaKini). 


"Please la jangan sidai media. Dalam group dah berkali-kali nampak orang tanya. Bagi la confirmation kalau ada pc yang jemputan dia tulis 2.30pm. Sampai 5.30pm takde reply. Apa babi ni?



"Dia tak respect masa orang, tapi nak panggil PC last minit, pastu expect semua orang muncul. Apa babi ni? Have some fucking respect for people's time and effort. Ada yang ada anak nak pickup semua. Janganlah sampai reply pun tak boleh," kata Ushar Daniele (Malaysia Independent Journalist). 


"The 2018 government and the 2022 government (semasa) is similar in the sense that they treat the press like trash. Nothing learnt," kata Hadi Azmi (Koresponden media antarabangsa). 



Menyedari ciapan wartawan berkenaan tular di Twitter, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, tampil memohon maaf. 


"Berhubung kelewatan sidang media petang tadi (semalam), saya sedar keluhan rakan pengamal media. Jemputan media diuruskan pihak lain. Saya hadir mesyuarat dan sidang media dengan garis masa yang dijadualkan kepada saya. 


"Namun walau apa jua alasan, saya secara peribadi mohon maaf kepada rakan media," katanya. 


Sumber: Twitter Hariz Mohd, Ushar Daniele, Hadi Azmi, Saifuddin Nasution 



source https://www.thereporter.my/2023/01/wartawan-kecewa-disidai-hampir-2-jam.html
Previous
Next Post »