'Tengok trailer pun dah rasa berdosa, macam mana Finas boleh luluskan filem banyak soft porn ni?' - Netizen



Sabtu lalu, Golden Screen Cinemas (GSC) memuat naik video trailer di Twitter rasminya mengenai filem baru 'Pulau' yang bakal ditayangkan pada 9 Mac 2023. 

Filem seram arahan Euho itu dibintangi oleh pelakon seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Namron dan ramai lagi. 


Difahamkan, filem berkenaan menceritakan tentang percutian sekumpulan anak muda bertukar menjadi mimpi ngeri selepas mereka bertaruh untuk bermalam di sebuah pulau terbiar. Mereka secara tidak sengaja telah mematahkan mantera lama yang diletakkan untuk menahan semangat antagonis yang terperangkap di pulau itu. 



Bagaimanapun, video trailer filem itu dilihat banyak memaparkan babak-babak seksi yang dianggap sebagai 'soft porn' mengundang rasa kurang netizen kerana ia bertentangan dengan budaya tempatan. 


"Bila kita kata kita nak filem tempatan setanding dengan luar negara, tidak bermaksud perlu masukkan babak seks. Pening la dengan industri filem negara ni," kata Bby. 


"Sedih. Kena turunkan kualiti filem Malaysia dengan mewujudkan babak-babak soft porn untuk menaikkan views macam filem Indonesia. Boleh je nak buat filem tanpa soft porn dan masih menghiburkan. Tetapi kononnya generasi dah maju dan lebih open minded," kata Benoit. 


"Dua perkara yang buat tertanya-tanya. Kenapa Aliff Satar terima role ni? Macam mana boleh lepas this type of movie?" kata Dee. 


"So Finas luluskan filem dengan soft porn sekarang, tetapi tak luluskan filem yang mengandungi kritikan tentang politik?" kata Shiro. 


"Korang Lembaga Penapisan Filem (LPF), Finas buat apa? Seriuslah lepaskan movie macam ini? Pelakon pun pakai porn star? Korang gila ke apa?" kata Death Slixer. 


"SAYA TAK TERLIBAT DALAM BABAK PANAS"


Menyedari nama dirinya dibangkitkan dalam isu ini, Aliff Satar tampil menjelaskan bahawa dia tidak terlibat dalam mana-mana babak panas filem berkenaan. 


"Saya tidak ada bergaul dengan babak-babak yang tidak melibatkan atau memerlukan khidmat saya. 


"Saya juga sebenarnya sudah boleh agak akan menerima kerisauan seperti itu. Tetapi semasa penggambaran, bukan sahaja pengarah, bahkan para pelakon juga mempunyai pertimbangan. 


"Macam saya, saya sendiri tahu macam mana cita rasa penonton, apa budaya yang kita selesa, melihat, mendengar, cara lakonan. Saya dah lama dalam industri, kadang-kadang saya fikir babak ini tidak boleh dan saya akan beritahu pengarah," katanya. 


Sumber: Twitter GSC, Astro Gempak




source https://www.thereporter.my/2023/01/tengok-trailer-pun-dah-rasa-berdosa.html
Previous
Next Post »