'Saya tahu ramai mengadu sticker cukai jalan tak berkualiti' - Menteri Anthony Loke bakal lakukan perubahan besar



Sejak dari dulu lagi orang ramai mempertikaikan kualiti pelekat cukai jalan, namun tahun bertukar tahun, menteri bertukar menteri, isu yang sama masih gagal ditangani. 


Rungutan orang awam seperti dibakul sampahkan begitu sahaja dan akhirnya pengguna terpaksa menerima pelekat cukai jalan yang kualitinya 'hauk'. 


Bagaimanapun, orang ramai bakal menerima berita gembira apabila Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook semalam memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan bagi menangani masalah tersebut. 


"Saya tahu ramai orang mengadu berkenaan sticker cukai jalan yang kurang berkualiti. Perkara itu memang dalam pemerhatian kami dan satu perubahan besar bakal dilaksanakan dalam tahun ini. 


"Sebarang pelaksanaan inisiatif baru akan dirancang dengan rapi dan saya akan membuat pengumuman apabila persediaan sepenuhnya telah dibuat," katanya. 


Dalam masa sama, Anthony menjelaskan pihaknya komited melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan terus kepada rakyat dan menjadi agenda utama pihaknya mempermudahkan urusan rakyat berbanding sebelum ini di mana orang ramai terpaksa beratur panjang di pejabat-pejabat JPJ, yang jelas sekali menyusahkan. 


Difahamkan, pelekat cukai jalan yang digunakan pada masa ini merupakan pelekat yang diperkenalkan pada tahun 2,000, berbanding sebelumnya yang menggunakan cukai jalan kertas mudah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 


Sementara itu di media sosial, pelbagai reaksi daripada netizen antaranya meminta pelekat cukai jalan dihapuskan dan digantikan dengan barcode. 


"Zaman digital tak perlu ada physical road tax sticker. Boleh check secara digital atau sistem JPJ pakai exception reporting untuk kenderaan yang belum memperbaharui road tax," kata CocoNut.


"Tak payah sticker-sticker bagai ni lagi. Letak barcode je la. Mati ke tak scan atau keluar notification. Dah ada teknologi smartphone patut digunakan," kata Tuan Noze. 


Sumber: FB Anthony Loke



source https://www.thereporter.my/2023/01/saya-tahu-ramai-mengadu-sticker-cukai.html
Previous
Next Post »