Doktor Pakistan timang cahaya mata yang ke-60! Berhasrat tambah ramai lagi anak sampai 100



Seorang 'doktor' berusia 52 tahun di Pakistan baru-baru ini menjadi tajuk berita uama kerana menimang cahaya mata ke-60 dan mendakwa mahu mempunyai lebih ramai anak bersama dengan tiga isterinya. 


Sardar Jan Mohammad Khan Khilji yang menetap di Quetta, ibu kota Balochistan, mempunyai keluarga yang sangat besar dan dia berharap keluarganya terus berkembang pada tahun-tahun mendatang. 


Menurut laporan, Sardar mengusahakan klinik pesendiriannya di bandar itu dan mempunyai tia isteri serta baru sahaja menyambut kelahiran anak lelaki ke-60 yang diberi nama Khushal. 


Bagi kebanyakan orang, jumlah tersebut adalah lebih dari kemampuan. Tetapi bagi Sardar, dia mahu berkahwin lagi untuk terus mengembangkan keluarganya. 


"Saya telah meminta semua rakan untuk membantu mencari calon isteri keempat," katanya. 




Dalam laporan berita 2016, Sardar menjadi tajuk berita antarabangsa tidak lama selepas dia menimang cahaya mata yang ke-35. Ketika itu, dia menyuarakan hasratnya untuk memiliki 100 anak. 


Bagaimanapun, keadaan ekonomi semasa telah menyebabkan ramai yang terjejas dan Sardar juga tidak terkecuali. Sardar mengakui inflasi yang berlaku telah menjejaskan kewangannya. 


"Perniagaan kurang mendapat keuntungan, harga semua barang seperti tepung, minyak sapi dan gula meningkat tiga kali ganda. Sejak tiga tahun kebelakangan ini, semua rakyat Pakistan termasuk diri saya menghadapi kesukaran," katanya.


Meskipun begitu, Sardar tetap nekad untuk memgembangkan keluarganya biarpun masih ketinggal di belakang seorang lelaki bernama Mzee Musa Hasahya, petani Ghana yang mempunyai 102 anak dan 568 cucu. 


Sumber: Oddity Central



source https://www.thereporter.my/2023/01/doktor-pakistan-timang-cahaya-mata-yang.html
Previous
Next Post »