Mayat lelaki dikerat kepada 6 bahagian ditemui dalam bagasi di tepi lebuhraya



Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan yang amat mengerikan di dalam satu bagasi di tepi Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan susur Rawang Selatan arah utara, jam 2 petang tadi. 


Polis yang menerima maklumat mengenai penemuan itu terus bergegas mengarahkan pasukan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. 


Siasatan awal di lokasi mendapati, terdapat bahagian badan mangsa yang berada di atas rumput berhampiran beg. Mayat mangsa dipotong kepada enam bahagian dan (kaki, tangan, punggung dan kepala) disumbat ke dalam beg itu.


Tiada sebarang dokumen pengenalan yang ditemui, namun polis percaya mangsa adalah lelaki warga asing. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro, Redzuan News MPB



source https://www.thereporter.my/2023/01/mayat-lelaki-dikerat-kepada-6-bahagian.html
Previous
Next Post »