Dahi benjol, mata anak alami kecederaan & bengkak akibat bermain lato-lato



Sejak kebelakangan ini, video permainan lato-lato banyak disiarkan di tatapan (feed) utama pelayar media sosial khususnya di TikTok dan Facebook. Tidak dinafikan, ramai golongan kanak-kanak yang tertarik dan meminta ibu bapa membelikan permainan tersebut. 


Untuk pengetahuan, permainan lato-lato adalah berasal dari Amerika Syarikat yang mula diperkenalkan pada tahun 90-an. Ketika itu, lato-lato diperbuat daripada kaca dan setelah beberapa tahun kemudian, material kaca digantikan dengan plastik agar ia lebih selamat dimainkan.


Walau bagaimanapun, perkara itu tidak mengubah apa-apa dan permainan lato-lato masih dibimbangi boleh menyebabkan kecederaan kepada pemainnya. Maka pihak berkuasa Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk mengharamkan lato-lato. 


Tetapi di Indonesia pada masa ini, lato-lato sudah menjadi permainan kegemaran kanak-kanak dan video kanak-kanak bermain lato-lato dengan pelbagai 'skill' mula menular semua platform media sosial di Malaysia tanpa menyedari bahaya sedang menanti.




Ada sumber yang mendakwa, permainan lato-lato bukan hanya sekadar permainan biasa. Sebaliknya ia permainan yang memberikan manfaat kepada si pemain untuk menghilangkan tekanan dan fokus terhadap sesuatu perkara.


Tetapi ada beberapa keluhan ibu bapa di Indonesia meluahkan rasa bimbang mengenai bahayanya permainan ini. Mereka mendakwa, anak-anak mereka telah mengalami kecederaan di bahagian dahi, muka dan mata akibat terkena lantunan lato-lato. Lebih teruk lagi, ada kanak-kanak yang mengalami kecederaan parah dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan.


@solusi_ibu_pintar Isi Lato-Lato Saat Dibuka,isi Lato-Lato Saat Dibuka viral,isi Lato-Lato Saat dipecah#fyp #latolato #mainan #viral #mainanviral #latolatoviral ♬ suara asli - solusi ibu pintar


Di TikTok, ada seorang wanita cuba memecahkan mainan lato-lato ini dengan menggunakan tukul besi. Tetapi usahanya tidak berjaya bebola lato-lato itu terlalu keras.


Selain daripada itu juga, ada pihak yang mengambil kesempatan menghasilkan animasi lucah mainan lato ini di mana si bapa merampas permainan tersebut dan meminta anaknya tidur kerana waktu sudah lewat malam. Tatkala si anak baru mahu melelapkan mata, terdengar bunyi hentakan lato-lato, lalu pergi ke bilik ibu bapanya kerana menyangka bapanya sedang bermain permainan itu. 


Namun, sangkaan itu meleset apabila bunyi yang terhasil itu datangnya dari ibu bapanya yang sedang melakukan hubungan intim. 


@xyra_yin perkara Lato-Lato #fyp #vernalta #latolato #viral #tiktok #NikmatiKenangannya @vernalta ♬ DJ ADEK ROHANI OLD MENGKANE - Monca


Justeru itu, ibu bapa perlu mengambil peranan dalam mengambil keputusan kesan baik dan buruk permainan lato-lato ini sebelum diberikan kepada anak-anak.


Jika benar permainan ini lebih mengundang kepada bahaya, pihak berkuasa juga perlu memantau penjualan lato-lato ini.


Sumber: Dirilis, TikTok



source https://www.thereporter.my/2023/01/dahi-benjol-mata-anak-alami-kecederaan.html
Previous
Next Post »