(Video) Lelaki pukul kepala isteri dengan helmet sebab tak nak bagi dia bekerja



Tular di media sosial video seorang lelaki memukul wanita dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Paloh 2, Gua Musang, Kelantan pada Khamis lalu. 


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya telah menahan suspek di sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 2, pada jam 2.30 petang kelmarin. 


Semasa disoal siasat, suspek yang "berusia 35 tahun itu bekerja sendiri mengaku memukul isterinya, 35, kerana berlaku perselisihan faham di antara mereka. 


"Tiada sebarang barang salah ditemui pada suspek, tetapi ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine. 


"Suspek mendakwa berlaku perselisihan faham kerana tidak membenarkan isterinya bekerja dan menyuruh mangsa menjaga ibunya yang sedang sakit," katanya. 




Suspek ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Polis turut merampas topi keledar merah yang digunakna suspek untuk memukul mangsa. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2023/01/video-lelaki-pukul-kepala-isteri-dengan.html
Previous
Next Post »