Nak periksa, periksa je la TAPI perlu ke sampai 'pegang' kat situ?!!!



San Diego: Seorang pengawal airport ditahan selepas seorang pelajar menuduhnya berkelakuan sumbang terhadapnya dalam ketika pemeriksaan dilakukan di terminal tersebut, lapor akhbar Times of India.


Pelajar wanita itu yang belajar di kolej pergigian di Mangalore berkata lelaki berumur 36 tahun tersebut menyentuhnya dengan tidak wajar dalam pemerikasaan dari Toronto ke Canada pada Selasa lalu.


Pesawat itu meninggalkan Bangalore pada 7 pagi. Pelajar itu menuduh lelaki tersebut berkelakuan tidak wajar, menurut akhbar itu.


Walaupun dia tidak membuat laporan kepada kru kabin, tetapi dia membuat laporan kepada staf syarikat penerbangan selepas mendarat, yang seterusnya memberitahu pihak polis di Mangalore yang menahan lelaki tersebut untuk di soal siasat.


Lelaki itu ditahan dan dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan. Pihak polis berkata majistret telah mengenakan tahanan reman kepadanya.


Inspektor Narasimha Murthy berkata lelaki tersebut didakwa kerana melakukan serangan/menggunakan paksaan jenayah terhadap seorang wanita dengan niat mencabul kehormatannya.


Sumber berkata lelaki itu memberitahu polis dia hanya melakukan pemeriksaan seperti biasa, namun disalah anggap oleh pelajar wanita tersebut.


Narasimha mengesahkan mangsa tidak membuat aduan kepada kru kabin pesawat.


“Kami akan memanggil kru kabin untuk disoal,” katanya.


Kru tidak mengetahui tentang kejadian itu sehingga pelajar itu membuat laporan kepada staf di lapangan terbang.


“Sekiranya insiden tersebut berlaku semasa di udara, pihak kru perlu membuat laporan dengan jabatan keselamatan di pejabat Bangalore (pejabat syarikat penerbangan),” kata satu sumber. – Bernama

Previous
Next Post »