'Saya takkan beri duit kat bini secara bulanan walau 10 sen sekalipun' - Suami layan isteri seperti hamba, dikecam netizen



Kenyataan seorang lelaki yang tidak gemar memberi wang belanja atau nafkah kepada isterinya hanya kerana dia telah menyediakan segala-galanya, mengundang kecaman netizen di media sosial. 


Bagi netizen, lelaki itu bukan sahaja berlagak dan kedekut, malah terlalu berkira dengan isterinya sendiri tanpa menyedari perbuatannya itu menjadikan isterinya sebagai hamba. 


"Saya sendiri tak beri duit tunai kat bini secara bulanan, sebab rumah saya bina, pakaian bini dan anak-anak saya belikan, makan minum saya sediakan, kemudahan bini buat kerja rumah seperti mesin basuh, mesin cuci hampagas, periuk elektrik, cerek elektrik, pengisar elektrik dan macam-macam alat lagi saya dah sediakan. 


"Jadi, jangan harap saya nak beri duit secara bulanan walaupun 10 sen sebulan sekalipun. Ikut suka saya nak berikan 5 sen ka, 10 sen ka, RM1 ka. Jika tiba-tiba terasa nak bagi duit kat bini, bersyukurlah," katanya. 


Menurut insan yang tidak diketahui identitinya itu berkata, tidak wajar seorang suami terlalu mengikut kerenah isteri yang tidak akan menjamin kebahagiaan keluarga. 


"Jangan dok ikut sangat karenah bini. Sebagai laki, berkuasa penuh dalam keluarga sebab laki yang menyara keluarga. Ketegasan laki menjamin keluarga bahagian apabila bini dan anak-anak dengar cakap laki dan bapa mereka," katanya. 


Lelaki itu turut berpesan kepada golongan suami agar tidak memberi wang yang terlalu banyak kepada isteri dan jika diberi pun perlu dikawal agar si isteri tidak berbelanja sesuka hati. 


"Kepada laki, jika nak beri duit ke bini, buat akaun bank dan berilah RM50 ka, RM10 ka, RM5 sebulan. Tapi kawal akaun bini, bini tak boleh belanja suka hati. Itu simpanan untuk bini, untuk masa kecemasan," ujarnya. 




REAKSI NETIZEN




Sumber: Facebook

source https://www.thereporter.my/2023/01/saya-takkan-beri-duit-kat-bini-secara.html
Previous
Next Post »