'Aku bayar parking tu RM480 setahun, kau nak tengok resit ke?' - Pagar dah diroboh MBPG, tapi netizen persoal owner cop parking depan kedai



Susulan tular gambar pagar dipasang di laluan kaki lima sebuah premis di Taman Bukit Dahlia, pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah bertindak merobohkan struktur binaan berkenaan.


Baca: 'Lalu la jalan lain, tak tahu apa² jangan sibuk nak komen' - Owner kedai bengang netizen pertikai tindakannya pasang pagar di laluan kaki lima


Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman berkata, MBPG merobohkan struktur binaan itu selepas pemilik premis tersebut enggan mematuhi notis yang telah dikeluarkan sejak dua minggu lalu. 


"Pemilik premis telah diberikan dua notis sebelum ini yang mengarahkan mereka merobohkan binaan tersebut. Namun mereka abaikan dan setelah cukup tempoh 14 hari, kita ambil tindakan tegas. 


"Penguatkuasa MBPG bertindak merobohkan struktur binaan berkenaan pagi tadi. Manakala pemilik premis akan dipanggil untuk diberi penerangan agar dia tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. 


"Dalam kes ini, kebetulan ia menjadi tular semalam. Kita dah beri dua notis tetapi diabaikan. Jadi, kita terus ambil tindakan," katanya. 


Sementara itu, tular di media sosial juga kenyataan pemilik premis tersebut membidas komen netizen yang menuduh dia 'cop' tempat letak kenderaan di hadapan kedainya itu. 


"Aku bayar parking RM480 setahun. Kau nak tengok resit ke? Kau kalau takde kehidupan sendiri, tak payah sibuk hal orang. Pergi cari kehidupan kau dari menyibuk hal orang. Baki akaun kau ada RM1 je tu, pergilah cari kerja," katanya. 




Sejak semalam, pemilik premis usahawan kosmetik itu menjadi bahan bualan netizen kerana pemasangan pagar di hadapan premisnya yang menghalang laluan orang awam. Pemiliknya bagaimanapun meluahkan rasa bengangnya terhadap netizen yang sewenang-wenangnya menularkan gambar premisnya tanpa mengetahui hal sebenar. 


Sumber: Sinar Harian, FWB et caetera



source https://www.thereporter.my/2023/01/aku-bayar-parking-tu-rm480-setahun-kau.html
Previous
Next Post »