Lelaki pukul anak OKU kekasih sehingga mati sebelum dicampak ke kawasan semak

Foto Borneo Network


Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki memukul kanak-kanak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) sebelum mayatnya dicampak ke dalam kawasan semak. 


Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang mendakwa anaknya hilang pada 21 Disember lalu. 


"Susulan itu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak telah membuat tangkapan terhadap suspek lelaki berusia 35 tahun di NB Motor, Jalan Laksamana Cheng Ho dan Jalan Stampin Timur pada jam 3 petang semalam," katanya. 


Siasatan awal mendapati, suspek mengaku telah memukul anak bongsu teman wanitanya sehingga mati dan membuang mayat mangsa di kawasan semak.


Berdasarkan maklumat dari suspek, polis telah pergi ke lokasi mangsa dibuang pada jam 6.45 petang semalam di kawasan semak di Kampung Kranji dan menemui mayat mangsa bersama dengan anak patungnya. 


Ibu mangsa berusia 34 tahun turut dibawa ke lokasi dan mengesahkan mayat itu adalah mayat anaknya berdasarkan pengecaman pada pakaian dan anak patung dipegang mangsa. 




Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat. Ibu mangsa juga ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Borneo Network



source https://www.thereporter.my/2023/01/lelaki-pukul-anak-oku-kekasih-sehingga.html
Previous
Next Post »