'Apa dah habis ke pakar ekonomi & kewangan dalam Malaysia sampai terpaksa melantik anak sendiri?' - Netizen pertikai tindakan PMX lantik Nurul Izzah sebagai penasihat



Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berkuatkuasa sejak 3 Januari lalu. 


Nurul Izzah berharap, dengan pengalamannya yang pernah menjadi Ahli Parlimen, mengendalikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta perkhidmatannya dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang NEgara akan dapat dimanfaatkan dalam mengemudi tadbir urus ekonomi. 


"Saya yakin mampu menyumbang kepada evolusi Malaysia, yang bukan saja untuk pertumbuhan tetapi yang memartabatkan semua lapisan masyarakat dan menyediakan kesaksamaan dalam peluang," katanya. 




Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau sendiri yang mempelawa anak perempuannya untuk membantu sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Kewangan tanpa dibayar apa-apa elaun. 


Menyedari pelantikan Nurul Izzah itu akan dipertikaikan ramai pihak kerana kelulusan akademiknya tidak bersesuaian dengan jawatan tersebut, Anwar berkata, pemimpin yang dilantik sebagai menteri sekali pun tidak semestinya perlu mempunyai kelulusan akademik bersesuaian dengan portfolio yang dipegang. 


Nurul Izzah juga katanya mempunyai dua ijazah dalam bidang kejuruteraan dan dasar awam yang mengangkumi politik, ekonomi dan sosial dari universiti luar negara. 


"Apakah benar seorang Menteri Kesihatan mesti seorang doktor? Ataupun seorang Menteri Air mesti seorang jurutera? Takda pernah berlaku macam tu," katanya. 


Bagaimanapun di media sosial, netizen mengkritik tindakan itu yang dilihat sebagai amalan nepotisme. 


"Apa dah habis ke pakar ekonomi dan kewangan dalam Malaysia ni sampai terpaksa melantik anak sendiri?" kata Zurul. 




"Kerajaan anak beranak. Dulu masa mula-mula dilantik sebagai PM dah cakap tak akan melantik isteri, anak, anak penakan, saudara mara dalam kerajaan. Tetapi sekarang sudha tukar pula kenyataan itu. Cakpa memang boleh, tapi nak melaksanakan memang tak boleh. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih," kata Jack Andak. 


Ïni bukan soal duit semata-mata tetapi integriti, ketelusan, kroni, persepsi rakyat dan persepsi pemimpin luar. Itu semua perlu diambil kira ataupun mungkin ini salah satu ciri penting konsep Malaysia Madani yang ditawarkan oleh PMX. Siapa tahu?" kata Azmi Ab Rahman. 




Sumber: Harian Metro

source https://www.thereporter.my/2023/01/apa-dah-habis-ke-pakar-ekonomi-kewangan.html
Previous
Next Post »