(Video) 'Saya fikir saya akan mati' - Lelaki nyaris maut ditusuk sebatang besi terjatuh dari lori terlebih muatan



Bagaikan nyawa di hujung tanduk. Seorang lelaki nyaris maut apabila cermin depan keretanya ditembusi sebatang besi yang terjatuh dari sebuah lori di hadapannya. 


Cass Cheng Sook Leng berkata, kejadian itu berpada pada petang Jumaat lalu ketika dia sedang memandu di Lebuh Raya Plus. 



Ketika kejadian, Cass dalam perjalanan menuju ke destinasi, turut membawa beberapa anjing peliharaannya. Namun, kejadian itu berlaku sangat pantas dan kamera papan pemukanya (Dashcam) gagal merakam nombor pendaftaran lori tersebut.


"Kejadian yang berlaku pada saya pada jam 1.43 petang semalam. Malangnya dashcam kereta saya tak dapat rakam nombor plat lori berkenaan," katanya.


Cass bersyukur nasib menyebelahinya, tambahan pada ketika itu dia memandu pada kelajuan sederhana.


"Dah macam movie Final Destination, tapi mujur tak. Saya fikir saya akan mati. Nasib baik saya pandu perlahan. Saya harap JPJ Malaysia, Anthony Loke ambil maklum mengenai kejadian ini dan ambil tindakan," ujarnya. 





Sementara itu di ruangan komen, ramai netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu lori terbabit kerana dalam video tersebut jelas kenderaan perdagangan itu membawa muatan melebihi had dan mengabaikan langkah-langkah keselamatan terhadap para pengguna jalan raya. 


"Banyak lori memotong sesuka hati dan memandu melebihi had laju. Menteri Anthony Loke, tolong arahkan peronda JPJ kerapkan rondaan di lebuhraya dan ambil tindakan terhadap mana-mana pemandu lori yang melanggar peraturan. Takkan itu pun nak ajar," kata Miles. 


"Takutnya! Kalau ada orang yang menjadi mangsa, tak pasal-pasal meninggal dunia. Bayangkan ibu-ibu dan anak-anak yang selalu duduk di kerusi penumpang hadapan tu. Pihak berkuasa perlu ambil tindakan tegas terhadap pemandu lori seperti ini!" kata Alan. 


"Ngeri Wei! Final destination is real!" kata Zacker. 


Sumber: Cass Cheng Sook Leng



source https://www.thereporter.my/2023/01/video-saya-fikir-saya-akan-mati-lelaki.html
Previous
Next Post »