'Memang lepas ni beli baju takde fitting² bagai, scary giler!' - Wanita cuba pakaian di fitting room butik terkemuka dirakam melalui kamera tersembunyi



Sejak tiga hari lalu, tular di media sosial beberapa gambar pelanggan wanita sedang mencuba pakaian di bilik persalinan (fitting room) di butik terkemuka yang dirakam melalui kamera pengintip, mengundang keresahan orang ramai. 


Difahamkan, individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu turut menjual video-video tersebut secara terbuka melalui sebuah aplikasi, selain dipromosi secara meluas di akaun media sosial @Hiddencamxx. 


Perkara itu didedahkan oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Nishae (@meleisgw), meminta orang ramai khususnya golongan wanita lebih berhati-hati selepas ini. 


"Memang lepas ni beli baju takde nak fitting-fitting bagai. Bab* scary s***. Girl di luar sana, please be aware," katanya, namun tidak mendedahkan lokasi sebenar kejadian itu berlaku. 





Susulan dari perkongsiannya itu, ada beberapa mangsa tampil menghubunginya dan memaklumkan dirinya adalah salah seorang mangsa dalam video tersebut. 


Menurut mangsa, kejadian itu berlaku di salah satu cawangan butik terkemuka, H&M Avenue K, pada 6 Oktober 2022. Mangsa yakin individu dalam video tersebut adalah dirinya kerana dia masih menyimpan resit pembelian dan memakai baju yang sama seperti dalam video tersebut. 





Ada beberapa lagi mangsa lain yang mula tampil menghubungi Nishae yang kemudian menasihatkan kesemua mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, semakan di semua akaun media sosial rasmi H&M mendapati, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan mengenai dakwaan itu. 


Orang ramai khususnya golongan wanita dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa memeriksa keadaan sekeliling bilik fitting room di mana-mana butik atau pusat beli belah. 


Sumber: Twitter Nishae



source https://www.thereporter.my/2023/01/memang-lepas-ni-beli-baju-takde-fitting.html
Previous
Next Post »