(Video) 'Kalau kau tak dapat selesaikan masalah ini, berhenti jadi Ketua Kampung!' - Lelaki bengang depan rumahnya penuh dengan taik ayam setiap hari



Agaknya sudah tidak dapat lagi menahan sabar, seorang lelaki meluahkan rasa bengangnya kepada Ketua Kampung ekoran bahagian depan rumahnya seringkali dicemari najis haiwan ternakan milik jirannya. 


Berdasarkan video yang tular di TikTok Itu, lelaki itu mengadu bahagian depan rumahnya dipenuhi dengan najis ayam yang datang dari kediaman jiran berhampiran. 


"Setiap hari bangun dari tidur dan jenguk keluar, depan rumah dikotori dengan taik ayam. Menjengkelkan betul! Kau sebagai Ketua Kampung sepatutnya bertindak menegur jiran yang memelihara ayam itu," tegasnya. 


Pengadu juga mengancam akan membuat laporan polis terhadap jirannya sekiranya masalah itu tidak diselesaikan secepat mungkin. 


"Kalau esok pun masih macam ni, aku akan buat report polis, biar dia (jiran) dikenakan hukuman. 


"Kalau kau tak dapat selesaikan masalah ini, berhenti dan lepaskan jawatan ketua kampung!" jeritnya dengan lantang. 





Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengatakan mereka memahami apa yang dilalui oleh pengadu. 


"Kalau dah jadi macam tu, memang patutlah dia marah. Nak bela ayam, bela elok-elok dan letak dalam sangkar. Bukannya lepaskan macam tu je," kata Arif. 


Sumber: Indo Zone



source https://www.thereporter.my/2023/02/video-kalau-kau-tak-dapat-selesaikan.html
Previous
Next Post »