'Thank You, Anzalna, such a kindhearted you are' - Anzalna raih pujian netizen bantu bapa tunggal



Selebriti terkenal, Anzalna Nasir menyentuh perhatian netizen apabila dia membantu seorang bapa tunggal yang membesarkan anak perempuannya seorang diri. 


Menerusi perkongsiannya di Instagram, Anzalna membawa Mohd Azlan atau lebih dikenali di dalam TikTok sebagai Dady Irdina bersama anaknya ke peruncit terkemuka untuk produk ibu bersalin, bayi, pakaian kanak-kanak dan permainan.


Difahamkan, Dady Irdina merupakan seorang peniaga dalam talian (TikTok) membesarkan anaknya ketika anaknya berusia dua bulan. Pengorbanan bapa tunggal ini dalam membesarkan anak menarik perhatian netizen.


“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Kali ini Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna,” katanya.



Anzalna turut memaklumkan akan meneruskan usaha murni itu untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan.


“Insya-Allah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi,” katanya lagi.


Rata-rata netizen memuji sikap Anzalna yang tidak pernah berhenti menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. 


Sumber: Anzalna Nasir



source https://www.thereporter.my/2023/02/thank-you-anzalna-such-kindhearted-you.html
Previous
Next Post »