2 lelaki koyak kena gelak sebab kalah main pool, 7 individu ditembak sampai mati



Dua lelaki melarikan diri selepas menembak tujuh individu termasuk seorang gadis muda sehingga mati selepas kalah dalam pertaruhan dalam perlawanan 'pool', menyebabkan mereka ditertawakan oleh mangsa. 


Pembunuhan beramai-ramai itu dilaporkan berlaku pada petang semalam di sebuah bar di Sinop, Mato Grosso, negeri besar di barat tengah Brazil. 


Polis telah mengenal pasti identiti suspek sebagai Edgar Ricardo de Olieveira, 30, dan Ezequias Souza Ribeiro, 27. 


Kesemua mangsa yang terbabit dalam kejadian itu yang berusia dari 12 hingga 48 tahun itu, termasuk pemilik permainan pool tersebut disahkan meninggal dunia. 


Siasatan awal mendapati, Oliveira telah tewas dalam permainan pool ketika berlawan dengan salah seorang mangsa. Kekalahan itu menyebabkan Oliveira mengalami kerugian sebanyak 4,000 reais (RM3,423) sebelum dia kembali bersama Ezequiel dan mencabar mangsa yang sama untuk kali kedua.


Malangnya, mereka berjaya ditewaskan dan kekalahan kedua itu ditertawakan oleh mangsa-mangsa lain yang menyaksi perlawanan itu.


Berang dimalukan sedemikian rupa, Oliveira bergegas mengambil senapang patah dari keretanya, manakala Ezequias pula mengarahkan kesemua mangsa berbaris menghadap dinding.


Kamera rakaman litar tertutup (CCTV) merakam detik mangsa-mangsa ditembak mati dan hanya seorang mangsa wanita diminta mengangkat tangannya ke atas dan dalam masa sama dua suspek terbabit terus melarikan diri. 


Oliveira dan Ezequais


Kedua-dua suspek dikatakan telah berjaya meloloskan diri daripada bandar itu untuk mencari perlindungan di kawasan luar bandar. Mereka kini maslh dalam perjalanan dan dianggap sebagai penjenayah. 


Semakan rekod mendapati, Oliveira pernah didakwa menyebabkan kecederaan, mengancam dan terbabit dalam keganasan rumah tangga. Manakala Ezequaisp pernah didakwa atas kesalahan melakukan jenayah seperti mencuri, membawa senjata, terbabit dalam kumpulan, ancaman dan lain-lain. 


Julai 2019, Oliveira memuat naik hantaran di media sosial mengenai sokongannya terhadap undang-undang senjata api dilonggarkan.


Sumber: Daily Star



source https://www.thereporter.my/2023/02/2-lelaki-koyak-kena-gelak-sebab-kalah.html
Previous
Next Post »