'Hei Putra, lu ada anak bini pun nak runtuhkan rumah tangga orang??' - Anggota polis kantoi jalin hubungan dengan isteri orang



Polis mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang anggotanya yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dan mengganggu isteri orang seperti video yang tular di laman sosial Facebook sejak semalam.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, polis juga telah menerima laporan daripada suami wanita terbabit mengenai salah laku anggota berusia 36 tahun yang bertugas di Balai Polis Ayer Keroh itu.


"Perkara ini sedang dalam siasatan lanjut meliputi pelbagai elemen dan kami juga perlu hantar sampel video itu ke forensik untuk kami tentukan kesahihan yang dibuat oleh pengadu.


"Dalam isu ini saya tidak akan berkompromi jika ia melibatkan salah laku anggota selain tidak teragak-agak untuk ambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mengulas lanjut Christopher berkata, siasatan mengenai kes itu dijalankan oleh D11 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).


Katanya anggota tersebut juga masih menjalankan tugas seperti biasa dan kes itu disiasat di bawah Sesyen 498 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memikat dan memperdaya isteri orang.


Terdahulu tular satu hantaran di Facebook dan video dakwaan seorang lelaki mengenai masalah rumah tangga yang berusia sembilan tahun itu diganggu pihak ketiga dan dipercayai hubungan isterinya dan anggota terbabit telah berlarutan sehingga setahun.




"Bang, daripada bulan 12 sampai sekarang saya tahan tau. Saya ada video dia, dekat tempat kerja pun dia duduk dalam kereta. Nak saya tunjuk videonya? 


"Hoo... you WhatsApp dengan dia kata "Bie, nak peluk Bie. Apa benda ni? Nak saya tunjuk bukti? Heh you jangan, kalau saya tunjuk semua nanti you juga yang malu sayang. 


"Ada ke (patut) you bawa orang yang tak ada pertalian masuk ke rumah, patut pun... Anak you pun, you benarkan dia bawa perempuan lain masuk. 



"Saya tahu dia punya nama, Putra. Saya boleh kacau dia punya tempat tau (kuarters). Tapi saya tak nak kacau dia, saya tunggu dia datang sini, datang ke rumah you sayang. Saya nampak you dekat sana, tapi saya tak serbu pun kuarters tu. 


"Saya tunggu dia datang sini saja, nak tengok you punya jujur.. ada bawa lelaki lain masuk atau tidak dan akhirnya. Alhamdulillah.. 


"Saya akan pergi buat report dekat balai. Hei Putra, lu ada bini dan dua anak. Macam ni ke you nak runtuhkan rumah tangga orang? Saya punya anak baru berusia dua tahun empat bulan," kata pengadu yang merupakan mualaf berketurunan India. 


Menurut MD Shan, dia telah berkahwin dengan isterinya selama sembilan tahun. Rumah tangganya berantakan akibat diganggu oleh anggota polis berkenaan yang bertugas di Air Keroh dan berlarutan hampir setahun. 


Pada hari kejadian, MD Shan bersama dengan saksi Imam Masjid, Bilal dan Tok Sidang sendiri yang telah mencekup pasangan itu dan menularnya video tersebut di media sosial agar pihak majikan kepada anggota berkenaan mengambil tindakan sewajarnya. 


"Mereka berjumpa secara senyap-senyap, berdua-duaan dalam kereta dan lelaki itu selalu tidur di rumah isteri saya ketika saya tiada di rumah. 


"Saya terlalu tertekan, saya masih sayangkan isteri dan sudah beberapa kali memberi peluang kepadanya untuk berubah tetapi dia masih tak berubah dan meneruskan perhubungan haram itu," katanya. 


Sumber: Facebook MD Shan, Bernama



source https://www.thereporter.my/2023/02/hei-putra-lu-ada-anak-bini-pun-nak.html
Previous
Next Post »