'Saya tahu ia salah, tapi kalau tak berniaga saya nak makan apa?' - Rohingya mengaku berniaga secara haram walaupun dah diserbu DBKL Rabu lalu

Gambar hiasan | FB DBKL


Bagaikan mencurah air ke daun keladi. Itulah realiti yang berlaku apabila kumpulan warga asing kembali berniaga secara haram di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur walaupun mereka baru-baru ini telah digempur oleh pihak berkuasa tempatan. 


Menurut laporan Harian Metro, Ahad, 26 Februari, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyerbu dan menyita barangan perniagaan golongan terbabit. 


Tetapi tindakan itu sia-sia apabila mereka kembali beroperasi secara haram pada hujung minggu dengan menjual sayur, buah dan barang basah. 


Deretan bangunan kedai dua tingkat berdekatan Pasar Borong Kuala Lumpur seolah-olah telah menjadi 'perkampungan' mereka dan ada di antara mereka turut membuka restoran, menjual daging sembelihan secara terbuka di kaki lima. 


Ada yang sanggup berniaga ayam hidup dalam van yang diparkirkan di tepi jalan.


Seorang peniaga warga Rohingya mengakui dia tiada pilihan lain dan terpaksa berniaga secara haram bagi menampung kehidupannya. 


"Saya tetap perlu bekerja kerana tidak dapat bekerja lain dan hanya ini sumber pendapatan untuk meneruskan hidup. Saya tahu ia salah, tetapi jika tidak berniaga saya pula hendak makan apa?" katanya. 


Laporan penuh di: Rabu DBKL serbu, hari ini jual ayam dalam van sekolah



source https://www.thereporter.my/2023/02/saya-tahu-ia-salah-tapi-kalau-tak.html
Previous
Next Post »