(Video) 'Jangan bagi bangsa itu handle pengurusan BAM, sebab mereka malas & tau makan je' - Bekas pemain badminton keluar kenyataan rasis



Baru-baru ini seorang bekas pemain badminton tempatan memuat naik video dengan kenyataan berbaur perkauman terhadap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bangsa Melayu. 


Guang Yik dalam video itu mendakwa pemain badminton Malaysia tidak mampu mencapai prestasi yang membanggakan kerana BAM diuruskan oleh orang Melayu yang malas dan hanya tahu makan sahaja. 


"Tiada pemain Malaysia yang mampu ke final. Yang ini masalah pemain atau BAM? Masalah yang paling teruk ialah BAM. Semasa kita masih sebagai pemain badminton, saya boleh katakan banyak layanan yang tidak adil diberikan. Meletakkan semua sumber pada Datuk Lee Chong Wei, tiada usaha memberi tumpuan untuk memupuk generasi akan datang.


"Ini kita boleh faham kerana Chong Wei dapat keputusan yang baik, jadi letak semua sumber pada dia sahaja. Tetapi gunakanlah otak untuk berfikir seketika, walaupun anda mengatakan bahawa generasi akan datang tidak sebaik Chong Wei, tetapi sekurang-kurangnya ada yang serupa atau selepas Chong Wei pencen, ada orang yang boleh menggantikannya. 


"Tetapi saya rasa tak ada. Saya rasa ini sebab kaum Melayu yang menjadi pengurusan dalam BAM. Janganlah bagi orang Melayu handle pengurusan, tukar kepada orang Cina dan tengok ada tak perubahan. Ini kerana orang Melayu dalam pandangan saya, semua malas dan tahu makan sahaja. 


"Satu hari sembahyang sampai lima kali, dia mana ada niat nak uruskan BAM dengan baik, menaikkan badminton Malaysia. Saya rasa tak ada langsung. Pengurusan lemah, sistem lemah menyebabkan prestasi semua pemain badminton merosot!" katanya. 




Kenyataan Guang Yik itu mengundang kemarahan ramai dan menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap lelaki berkenaan. 


"Nak menegur itu dah bagus, tapi bila dah kaitkan dengan sembahyang lima kali, nampak dia lebih kepada rasis daripada nak improve sistem," kata Jiqz. 


"Every religion kena pray and tak kira apa religion pasti ada manusia gemok terlebih makan. Mindset kau tu narrow sangat. Memang kau tak layak duduk negara multiracial macam ni," kata Fik. 


Menyedari kenyataan rasisnya itu tular di media sosial, Guang Yik tampil memohon maaf.




Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, siasatan awal pihaknya mendapati Guang Yik bukan lagi atlet negara dan merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014. Anak muda itu katanya juga sudah tidak menetap di Malaysia.


"Saya tidak bersetuju dengan ucapan beliau dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun beliau telah meminta maaf. 



"Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan suka. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia. 


"Sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik. Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing," katanya. 



source https://www.thereporter.my/2023/02/video-jangan-bagi-bangsa-itu-handle.html
Previous
Next Post »