'Korang nak pergi berperang dengan siapa ni? Selamba bawa tombak bagai' - Pemuda PAS Terengganu berarak bawa senjata dipanggil polis



17 dan 18 Februari yang lalu, Dewan Pemuda PAS Terengganu telah menganjurkan Himpunan Pemuda Islam (Himpit) yang bertempat di Pantai Program tersebut yang dirasmikan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang.


Apa yang mengejutkan, himpunan tersebut menampilkan pemuda-pemuda berarak dengan membawa senjata-senjata tiruan dan gambar-gambar perhimpunan itu turut tular di media sosial.


Meskipun hanya senjata tiruan, tetapi perbuatan itu merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Dalam masa sama, netizen turut mempersoalkan apakah motif di sebalik himpunan ini diadakan.


"S6 (1) CESOWA adalah menyalahi undang-undang untuk membawa senjata berbahaya di tempat umum tanpa kuasa yang sah atau tujuan yang dibenarkan undang-undang. Jika didapati bersalah, hukuman penjara hingga 10 tahun serta sebatan boleh dikenakan," tulis Rosie Rose.


"Apa kebenda ni? Kau orang nak pergi berperang dengan siapa ni? Selamba bawa tombak bagai. Kau ingat negara ni tak ada undang-undang?" tulis Gibran.


Ada juga yang mengatakan himpunan seperti itu tidak perlu diadakan kerana bimbang dengan perspektif orang bukan Islam. Secara tidak langsung juga, Islam dipandang dengan imej yang ganas sedangkan di dalam Islam sendiri tidak mengajar perkara sebegini.


“Islam dan syiar tidak dikembangkan ke seluruh pelusuk dunia melalui perang. Adakah seruan jihad ini ditujukan ke atas orang-orang Islam? Tidak harus jihad ke atas orang-orang Islam di Malaysia hari ini disebabkan perbezaan politik. PAS tak harus berterusan tunjukkan imej ganas dan militan," tulis Cik Yanie.


Netizen berpendapat sebaliknya, himpunan ini digantikan dengan perkara-perkara yang berfaedah.


"Yang buat kerja ni baik kerah untuk gotong-royong gali parit ke gali paip dekat Kelantan sana, jimat gak kos baiki paip dan parit. Rakyat didendang dengan kerja yang tak berfaedah, kerja hakiki pemimpin dibakul sampahkan. Akhirnya rakyat lalai," kata iamDeen.


Bagaimanapun, semua kritikan netizen itu dibidas oleh Pemuda PAS dan menegaskan perarakan himpit itu hanya membawa replika senjata Melayu yang diperbuat daripadak otak, bukannya senjata sebenar.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Afandi Hussin mengesahkan pihaknya telah memanggil penganjur untuk membantu siasatan berhubung program tersebut. 


Pemuda PAS Terengganu dalam kenyataan balas juga menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan. 


"Tiada istilah keganasan dan provokasi, bahkan sangat menarik melihat kreativiti dari wakil kawasan-kawasan mempamerkan idea masing-masing. 


"Isu pemakaian seragam perang zaman para sahabat oleh salah satu kontinjen hanyalah sebagai sebahagian daripada memenuhi tema perarakan mereka," katanya. 



source https://www.thereporter.my/2023/02/korang-nak-pergi-berperang-dengan-siapa.html
Previous
Next Post »