Bekas menteri kewangan berusia 80-an didakwa menyimpan harta ratusan bilion ringgit di luar negara



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sedang menjalankan siasatan terhadap seorang bekas Menteri Kewangan yang didakwa menyimpan harta berjumlah ratusan bilion ringgit di luar negara yang didedahkan Pandora Papers.


Difahamkan, pemimpin berusia 80-an itu telah dipanggil oleh SPRM untuk diambil keterangan. 


"Kita telah memanggil bekas pemimpin itu. Beliau hadir ke ibu pejabat SPRM di Purajaya. Siasatan ke atas beliau masih di peringkat awal berdasarkan pendedahan Pandora Papers yang mendakwa beliau menyimpan harta ratusan bilion ringgit di luar negara. 


"Setakat ini tiada aset yang dibekukan susulan siasatan ini," katanya. 


Data Pandora Papers dilaporkan bocor dan mendedahkan puluhan ketua negara, kerajaan dan pemerintah dari serata dunia termasuk Malaysia yang didapati mengunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir bagi menyembunyikan aset bernilai ratusan juta dolar, sepanjang 25 tahun lalu. 


Sumber: Astro Awani



source https://www.thereporter.my/2023/02/bekas-menteri-kewangan-berusia-80.html
Previous
Next Post »