(Video) 'Apa kerja macam ni?! Kita akan report!' - Lelaki bengang tunggu Bas RapidKL lama sangat, ugut report pemandu bas kat HQ



"Apa kerja macam ni?!" demikian kata seorang penumpang bas yang tidak berpuas hati dengan kelewatan bas RapidKL yang tiba di kawasan itu menyebabkan ramai yang terpaksa menunggu lama. 


 Berdasarkan video tular di media sosial itu, pengadu mendakwa mereka telah menunggu sejak jam 2.30 petang. Namun tiada satu pun bas pengangkutan awam yang melalui kawasan itu. Sehinggalah jam 4.20 petang, sebuah bas yang dipandu oleh pemandu wanita tiba di perhentian tersebut. 


Namun sebaik saja mereka memasuki bas itu, pemandu berkenaan terpaksa berdepan dengan kemarahan pengadu yang turut menuduhnya 'tidur' seperti teks yang tertera pada video. 


"Ini first driver, baru sampai eh. Daripada pukul 2.30 petang sampai 4.20 petang. Kita akan report eh! Betul tak? Semua tunggu lama kan?!


"Apa ini? Semua orang basah kena hujan lebat, macam ni (ke buat kerja?). Kita akan report! Saya dah call HQ RapidKL tadi. Bila saya dah call HQ, baru (bas) datang. Apa kerja macam ni?!" katanya. 



Bagaimanapun, tindakan pengadu menimbulkan kekecohan dalam bas mengundang kritikan orang ramai di media sosial. Bagi netizen, tiada keperluan pengadu berbuat demikian kerana perbuatannya itu hanya akan mengganggu dan menjejaskan konsentrasi pemandu. 


"Bas tu ada GPS tracker. Saya pernah kena masa naik bas RapidKL di Kelana Jaya dulu. Biasa bas sampai 6.30 petang, tapi dah 7 petang tak sampai-sampai. 


"Saya call RapidKL, dia jelaskan bas yang dalam jadual mengalami kerosakan dan bas ganti telah keluar. Tetapi disebabkan waktu puncak, bas ganti terperangkap dalam kesesakan.


"Patutnya tenang je, faham je la bila dah naik pengangkutan awam ni. Janji pemandu bas ini bawa dengan cermat dan sampai ke destinasi dengan selamat," kata Khaliq. 


"Apa benda la buat kecoh macam ni. Bawa la sendiri bas tu kalau nak cepat sangat. Kalau tak sabar, naik kenderaan sendiri atau tempah Grab Car," kata Wan. 


Netizen juga membidas tuduhan pengadu yang mengatakan pemandu bas tidur. 


"Tak tahu ke dalam bas Rapid ada CCTV? Driver mana boleh tidur sesuka hati kecuali memang waktu break dia untuk beberapa minit, bas akan tulis di LED Board pukul berapa start jalan semua. Ke pengadu ni baru pertama kali naik bas?" kata Debby. 


"Dah tau lambat, kau tunggu juga. Bas dah sampai, kau naik juga. Sepatutnya bila bas dah sampai, kau boikot la ramai-ramai jangan naik. Biar padan muka bas RapidKL tu tak ada passenger. Tau nak viral je, pastu ajak orang maki berjemaah. Padahal orang nak maki kau," kata Azwan. 


Sumber: Facebook



source https://www.thereporter.my/2023/02/video-apa-kerja-macam-ni-kita-akan.html
Previous
Next Post »