'Halal haram dah tak fikir, janji untung' - Seller Shopee jual coin dobi, dikritik netizen



Orang kata, sebut sahaja apa-apa barang yang ingin dibeli, semuanya ada di Shopee. Platform e-dagang ini boleh dikatakan ‘syurga’ membeli belah dalam talian. Tetapi, dalam pada masa yang sama, pengguna juga harus berhati-hati dengan apa yang ditawarkan.  


Tular satu ciapan di Twitter, ada penjual yang didakwa menjual syiling atau coin dobi layan diri dengan harga serendah 28 sen sekeping. Tindakan ini dikatakan boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada pengusaha dobi.


"Dekat Shopee ada orang jual coin dobi serendah 28 sen sekeping. Total jualan (seller dah) melebihi RM73,000. Bayangkan kerugian yang dialami oleh pengusaha dobi. 


"Saya cadang agar pengusaha dobi tukar kepada cashless method i.e QR code," tulis Syed Akramin.


Menerusi tinjaun di akaun Shopee milik penjual itu mendapati penjual berkenaan bukan sahaja menjual coin untuk dobi layan diri, malahan untuk mesin permainan video, toy crane machine dan macam-macam lagi. 


Menerusi ruangan komen pula, rata-rata pembeli berpuas hati dengan servis yang disediakan oleh penjual. 


"Nampak benda remeh. Tapi benda ini semua akan dihisab di hari perhitungan. Walaupun 'beli', tapi kalau nilai tak sama dengan tokey dobi tetapkan, tiada istilah cara halal. Hal kecil pun boleh menipu, apatah lagi hal besar," kata Thakib. 


"Dalam diam, ramai yang tak sedar ini sama dengan perbuatan mencuri. Halal haram dah tak fikir, janji untung. Guna coin haram untuk dobi baju satu family, lepas tu pelik kenapa anak degil tak dengar cakap atau bengap dalam pelajaran," kata Omar. 


"Orang Malaysia semua benda nak free. 73,000 orang yang beli tu, agaknya apa diorang fikir?" kata Milas.


Sumber: Syed Akramin



source https://www.thereporter.my/2023/02/halal-haram-dah-tak-fikir-janji-untung.html
Previous
Next Post »