Minum Coca Cola & Pepsi boleh meningkatkan saiz testikal lelaki - Kajian



Lelaki yang minum minuman bergas Coca Cola dan Pepsi mungkin mempunyai testikal yang lebih besar dan tahap testosteron yang lebih tinggi, dakwa satu kajian yang dilakukan baru-baru ini. 


Walaupun sebelum ini kajian mendedahkan individu yang kerap minum minuman bergas boleh memberi kesan buruk kepada lelaki dalam pelbagai cara, namun kajian terbaru menunjukkan minuman sedemikian boleh meningkatkan saiz testikal lelaki. 


Ia mungkin kedengaran seperti mengarut, tetapi kajian yang dijalankan ke atas tikus makmal menemui beberapa penemuan menarik. 


Perkara itu terungkai dalam penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Universiti Minzu Barat (China), yang mahu mengetahui kesan minuman berkarbonat terhadap tahap kesuburan dan organ seks kaum lelaki. 




Kajian itu meneliti tiga kumpulan tikus iaitu - satu hanya minum air, kedua diberikan Coca Cola pada tahap berbeza dan ketiga hanya minum Pepsi dalam jumlah yang sama dalam tempoh 15 hari. 


Semasa kajian dijalankan, pelbagai ujian dijalankan termasuk mengambil darah dan menimbang saiz testikal haiwan kecil itu. 


Menurut News.com.au, ujian dijalankan pada hari pertama, kelima, ketujuh, 10 dan 15. 


Tidak lama kemudian, tikus yang diberi minum Coca Cola dan Pepsi (100 peratus) didapati mengalami perubahan ketara, kesan daripada konsumsi minuman bergas tersebut. 


Tikus yang minum Coca Cola menunjukkan tahap hormon lelaki yang lebih tinggi, berbanding tikus yang hanya minum air biasa. 




Kesimpulannya, kajian itu merekodkan: "Minum Coca-Cola dan Pepsi-Cola boleh mengalakkan perkembangan testis dan meningkatkan rembesan testosteron. Penemuan kami menyediakan asas saintifik untuk memahami sepenuhnya kesan minuman berkarbonat dan mekanismenya terhadap fungsi pembangunan dan pembiakan manusia. Tetapi juga mendapat manfaat untuk mencegah disfungsi prostat dan kanser.".


Namun keputusan itu bercanggah dengan kajian terdahulu yang mengatakan minuman manis menjadikan lelaki kurang subur kerana penemuan baharu itu mendapat keputusan kajian yang berbeza. 


Sebelum kajian itu dijalankan, tinjaun terdahulu dilakukan terhadap 2,500 lelaki mendedahkan lelaki yang minum satu liter Coca Cola setiap hari mempunyai sperma 30 peratus lebih sedikit berbanding mereka yang tidak mengambil minuman bergas. 


Kajian lain juga menunjukkan bahawa, kafein boleh meningkatkan tahap testosteron. 


Sumber: Daily Star



source https://www.thereporter.my/2023/02/minum-coca-cola-pepsi-boleh.html
Previous
Next Post »