Aksesori telefon yang pelik ini membolehkan pasangan bercumbu dari jarak beribu-ribu batu



Remote Kiss, aksesori telefon yang pelik dikatakan sedang laris di pasaran China kerana ia membolehkan pengguna mencium pasangannya walaupun jaraknya beribu-ribu batu. 

Diiklan sebagai cara untuk membolehkan pasangan jarak jauh mengalami keintiman fizikal, Remote Kiss bergantung pada sensor tekanan dan silikon lembut untuk mencipta semula ciuman penggunanya di mana-mana sahaja, selagi penerimanya juga mempunyai aksesori tersebut serta sambungan internet. 


Menurut beberapa sumber, alat pelik itu juga boleh mengesan dan meniru suhu bibir pengguna, termasuk bunyi cumbuan seseorang. 




Aksesori itu dikatakan telah berada di platform dagangan online negara itu, Taobao, sejak sekian lama dan baru-baru ini ia menjadi tular selepas orang ramai berkongsi gambar produk itu di media sosial. 


Remote Kiss hanya berfungsi apabila kabelnya disambungkan pada port pengecasan telefon. 


Pencipta Remote Kiss, Jiang Zhongli, yang merupakan graduan Institut Teknologi Mekatronik Vokasional Changzhou berkata, dia mencipta aksesori itu dan memohon paten pada 2019. Tetapi paten itu tamat tempoh pada tahun ini dan versi komersial dengan cepat muncul di platform dagangan online. 


Zhongli mengakui terkejut apabila melihat hasil ciptaannya itu menjadi begitu popular dan berharap ada pihak yang akan menambah baik reka bentuknya di masa akan datang. 




"Di universiti, saya mempunyai hubungan jarak jauh dengan teman wanita dan satu-satunya cara kami berhubung adalah menggunakan telefon. Dari situlah timbul inspirasi untuk mencipta aksesori tersebut," katanya. 

Remote Kiss masih dijual di platform Taobao dengan harga 288 yuan atau RM185.



Sumber: Oddity Central



source https://www.thereporter.my/2023/02/aksesori-telefon-yang-pelik-ini.html
Previous
Next Post »