'Nanti polis trafik saman, play victim konon kerajaan zalim & menindas korang' - Netizen sound peniaga pizza RM10 buka kiosk atas jalan raya



Tindakan dua individu membuka kiosk di atas jalan untuk menjual pizza berharga RM10, mengundang kritikan ramai berikutan perbuatan mereka itu jelas sekali menyalahi undang-undang. 


Menurut netizen yang dikenali sebagai Mohd Zahid berkata, tujuannya memuat naik gambar dua individu berkenaan bukanlah mahu menjatuhkan perniagaan mereka, tetapi umum mengetahui pihak berkuasa tempatan (PBT) melarang aktiviti perniagaan di atas jalan raya,. 




"Saya bukan nak merendah-rendahkan bisnes orang, tetapi bukan ke ini adalah satu kesalahan? Kan bahaya, saya tak kecam cuma saya pelik. Nanti 'jet pejuang sticker pelik-pelik' langgar macam mana?" katanya. 


Berdasarkan gambar, kiosk tersebut dipasang di atas jalan susur masuk ke kiri dan salah seorang daripada pekerja kiosk dilihat mengangkat papan tanda penjualan pizza murah tersebut di laluan kenderaan. 


Netizen yang lain juga menyuarakan kebimbangan yang sama dan meminta dua individu terbabit tidak berkecil hati atau menganggap diri mereka ditindas sekiranya PBT mengambil tindakan di kemudian hari. 





"Datang polis trafik saman nanti, play victim kononnya kerajaan zalim, peniaga Melayu je ditindas, cari rezeki pun dihalang, ekonomi merosot, hilang sumber pendapatan, bangsa lain buat tak apa dan lain-lain," kata Zack Abdul Malique. 


"Atas jalan raya bukan tempat berniaga. Kalau dekat parking dapat kelulusan PBT, tak ada masalah. Kita bukannya tahu setiap kenderaan yang lalu itu semuanya alert dan kereta mereka okay. Kalau lori tiba-tiba lost control, brake problem atau tayar pecah,  tak ke kena sapu terus macam bola bowling. Tak pasal-pasal strike chicken dinner," kata Pok Dogo. 


"Jangan tegur bang, nanti diorang cakap abang sekat diorang nak mencari rezeki. Rezeki Allah itu luas katanya. Ini antara salah satu cara nak mendekatkan diri dengan Allah," kata Mohd Fauzan. 


Sumber: B40 Buat Perangai Apa Harini



source https://www.thereporter.my/2023/02/nanti-polis-trafik-saman-play-victim.html
Previous
Next Post »