'Saya kecewa dengan prestasi lemah YDP PBT gagal tangani masalah pengurusan sampah' - Menteri tegur PBT, tetapi pemimpin PN pula yang sentap



Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, pada Sabtu lalu membuat teguran terhadap Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Teluk Intan yang dikatakan gagal menangani masalah pengurusan sampah. 


Teguran itu dibuat melalui satu ciapan di Twitter miliknya, di mana masalah itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk. 


"Selaku Menteri KPKT, saya berasa amat kecewa dan terkejut dengan prestasi lemah YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) yang jelas gagal menangani masalah pengurusan sampah sekian lama sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai. 


"Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan untuk mengambil tindakan tegas dengan segera," tulisnya. 



Bagaimanapun, ciapan itu mengundang rasa kurang senang beberapa individu termasuk Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Perak, Zainol Fadzi Paharudin yang menyifatkan ciapan itu adalah satu serangan terhadap penjawat awam. 


"Saya pun pelik, jika benar penjawat awam itu gagal melaksanakan tanggungjawabnya, seharusnya beliau dipanggil untuk beri penjelasan. 


"Anda seorang menteri, maka jadilah seperti seorang menteri dan bukan bertindak seperti anda seorang pencipta kandungan menggunakan media sosial menyatakan kekesalan anda," katanya. 




Turut senada dengannya, pengguna Twitter, Mutalib Uthman berkata, "Takkan menteri pun nak tibai YDP dalam Twitter? Kamu panggil dia, tanya dan suruh buat kerja elok-elok. Kami menteri, bukan content creator," katanya. 


Bagaimanapun, tindakan pemimpin PN dan individu yang berkongsi pandangan yang sama itu dikecam oleh netizen kerana tidak tegas dalam memberi teguran menyebabkan usaha mengubah budaya kerja lama sukar dilakukan. 


"Kadang-kadnag kena tibai macam ni baru ada akal. YDP atau Datuk Bandar bila tak dipilih rakyat, aduan rakyat dia ambil ringan. Arahan Menteri atau Menteri Besar pun diorang langgar suka hati. Yang rakyat marah wakil rakyat, padahal pihak berkuasa tempatan yang tak buat kerja," kata Ahmad Ridhuan. 


"Itulah sebabnya PN tak bertahan lama. Nak menjaga hati PM, Menteri, Ahli Parlimen, ulama, parti, pegawai kerajaan dan lain-lain tanpa memikirkan siapa yang nak menjaga hati rakyat yang terkesan dengan bau busuk, kekotoran atau mungkin PN sudah terbasa dengan kekotoran zahir dan batin?" kata Abdul Aziz. 


"Elok menteri tibai YDP dalam Twitter. Biar dia sedar dengan tanggungjawabnya sebagai bos PBT. Jangan setiap hari pergi kerja, balik kerja. Lepas tu percaya bulat-bulat kepada orang bawahan. Kena turun padang dan dengarlah rungutan rakyat," kata Walk Sham.


Sumber: Twitter Nga Kor Ming



source https://www.thereporter.my/2023/02/saya-kecewa-dengan-prestasi-lemah-ydp.html
Previous
Next Post »