Rafizi tak tolak kemungkinan kerajaan akan melaksanakan semula GST apabila sudah tiba masanya



Semalam, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak sesuai diperkenalkan semula pada waktu ini kerana cabaran ekonomi pada tahun ini dilihat belum mengizinkan. 


Bagaimanapun, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, beliau tidak menolak jika GST dilaksanakan semula apabila sudah tiba masanya nanti dan pelaksanaannya kelak haruslah bersifat lebih progresif. 


"Pandangan saya mengenai GST ialah, apabila tiba masanya ia adalah sesuatu yang kita perlu lihat tetapi sebelum itu, kita mempunyai laluan yang mencukupi untuk tempoh 12 hingga 15 bulan akan datang untuk memperbaiki perkara yang berada dalam kawalan kita. 


"Sebagai contoh, kerajaan mampu menguruskan perbelanjaannya dengan lebih baik kali ini," katanya. 


Walaupun begitu beliau tidak bersetuju sekiranya pelaksanaan semula GST dijadikan sebagai langkah untuk meraih tabung kerajaan yang lebih tinggi. 


"Kadar GST boleh dinaikkan dengan mudah daripada 5 peratus kepada 20 peratus jika kerajaan tidak membetulkan isu berkaitan tadbir urus, perbelanjaan dan kecekapan belanjawan,. 


"Ini hanya akan menyebabkan belanjawan negara dan kewangan awam dalam keadaan lemah yang berterusan," katanya.


Sumber: MalaysiaKini, Astro Awani



source https://www.thereporter.my/2023/03/rafizi-tak-tolak-kemungkinan-kerajaan.html
Previous
Next Post »