'Ini rumah ke, tempat penyimpanan sampah?' - Penghuni lain dah buat report, tapi tiada tindakan langsung

Foto @Aidilsundae


Tular di media sosial gambar depan sebuah rumah pangsapuri dipenuhi dengan barang dan sampah sarap dipercayai dikumpul oleh pemilik unit berkenaan. 


Sikap tidak bertanggungjawab pemilik unit berkenaan di Flat Taman Medan, Petaling Jaya, telah menyebabkan laluan penghuni terhalang sepenuhnya. 



"Aku tak tahulah ini rumah ke, tempat penyimpanan sampah. Ini dekat sebelah rumah kakak aku. 


"Disebabkan banyak sangat barang dia kumpul sampai susah nak jalan. Kau kena pusing satu round floor itu untuk pergi lift dekat area rumah dia. 


"Sudahlah lift lagi satu rosak, menyusahkan orang betul," kata Aidil Sundae yang memuat naik gambar tersebut di Twitternya hari hari ini. 




Dalam pada itu, Aidil bimbang sekiranya masalah itu tidak ditangani segera akan mengundang penyakit yang tidak diingini. 


"Kotor gila weyh tempat ni. Aku tak tahulah dia ada penyakit apa sampai kumpul segala jenis barang dekat luar rumah dia. Sampai sebelah rumah pun dia main letak barang dia," katanya. 




Menurut Aidil, kakaknya pernah membuat aduan mengenai masalah itu. Malangnya pihak berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan dan pemilik rumah juga seakan-akan tidak mempedulikan rungutan jiran yang lain. 


"Kakak aku pernah buat report pada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ). Pengurusan flat ini? Tak jalan, tak fahamlah. 


"Harapnya selepas viral ini ada tindakan daripada MPPJ atau pihak atasan lain. Kasihan kakak aku dan penghuni PPR ini kena hadap sifat pemilik unit itu yang  pentingkan diri sendiri," katanya. 



Sumber: Twitter Aidil Sundae



source https://www.thereporter.my/2023/02/ini-rumah-ke-tempat-penyimpanan-sampah.html
Previous
Next Post »