Rohingya berniaga tanpa lesen di Selayang, DBKL & MPS sita barang niaga selepas video viral di media sosial



Setelah diberi teguran pedas oleh aktivis masyarakat yang membantah peniaga asing berniaga secara haram di sekitar Selayang, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DKBL) bersama dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah turun padang untuk mengambil tindakan tegas. 


Dalam operasi serbuan yang dijalankan pada jam 2 pagi semalam, kira-kira lapan aktiviti perniagaan milik etnik Rohingya di sekitar Jalan Besar, Jalan Selayang Baru, Pasar Harian Selayang telah disita dan dipindahkan. 


Baca:

  1. (Video) 'Orang Rohingya boh peti ais, kedai makan tepi jalan PBT tak ambil tindakan, kalau orang Malaysia berniaga tak sampai 1 hari dah kena angkut!'
  2. (Video) 'PBT ni tak guna, kalau dengan orang kita macam² birokrasi tapi dengan peniaga asing tak nak ambil tindakan' - Mohd Sophian


"Selain dari tidak memiliki kebenaran untuk menjalankan perniagaan, penjaja warga asing ini turut meletakkan barangan perniagaan mereka di atas jalan dan tempat parkir kenderaan. 


"Tindakan penguatkuasaan DBKL telah diambil menerusi Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Seksyen 46 (1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974," katanya. 







DKBL berkata, pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan MPS secara berkali bagi memastikan aktiviti perniagaan warga asing dapat dibanteras, termasuk dengan kerjasama semua agensi penguat kuasa lain dalam masa terdekat. 


Beberapa hari lalu, seorang aktivitis masyarakat tampil menyelar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang didakwa tidak mengambil tindakan terhadap warga asing yang berniaga secara haram di sekitar Selayang. 


Aktivitis itu turut mempertikaikan PBT yang dikatakan lebih pantas mengambil tindakan terhadap peniaga tempatan, tetapi tidak pada peniaga warga asing yang sah tidak mempunyai kebenaran untuk berniaga, terutamanya dari etnik Rohingya. 


Sumber: Harian Metro, Facebook DBKL



source https://www.thereporter.my/2023/02/rohingya-berniaga-tanpa-lesen-di.html
Previous
Next Post »