Kajian mendapati saiz kemaluan lelaki Malaysia antara yang terpendek di dunia, tetapi netizen lelaki menafikannya

Gambar hiasan | Utusan Malaysia


Orang ramai banyak menghabiskan masa dan wang untuk memastikan penampilan atau badan mereka nampak sempurna mengikut kehendak masing-masing. Kejayaan mencapai dua perkara itu adalah hal yang paling menggembirakan mereka. 


Ada sesetengah orang pula mahu mengekalkan kulit mereka kelihatan muda, sementara yang lain lebih tertumpu pada bentuk hidung atau saiz pinggang mereka. 


Namun, ada satu bahagian badan yang paling mendapat perhatian daripada pemiliknya iaitu saiz kemaluan. Ada sesetengah lelaki mengambil berat tentang saiz atau bentuk, atau mana-mana aspek lain dalam perkara itu. Tetapi kebanyakan kita tertanya-tanya adakah kita punya cukup besar atau panjang.


Dalam satu kajian yang dijalankan oleh portal Form Mars mendedahkan, saiz kemaluan lelaki di Malaysia adalah antara yang terpendek dengan ukuran 4.52 inci di kedudukan 79, berbanding Indonesia di kedudukan 77 dan Singapura, 78.





Hasil kajian turut mendapati, kebanyakan lelaki yang mempunyai saiz kemaluan kecil ini datang daripada negara asia seperti Kemboja, Myanmar, Filipina, Sri Langka, Hong Kong, Bangladesh, Thailand, Vietnam, Malaysia dan Singapura. 


Berbanding saiz kemaluan lelaki dari benua Afrika seperti Ecuador, Cameroon, Bolivia, Sudan, Haiti, Senegal, Gambia, Cuba, Netherlands dan Zambia menduduki tangga teratas senarai di mana golongan lelakinya mempunyai saiz kemaluan yang panjang. 




Menurut From Mars, kajian ini dibuat untuk melihat sendiri perbezaan panjang alat kemaluan lelaki di seluruh dunia. Data kajian juga diperoleh dari responden yang agak bermurah hati untuk menjawab kajiann pihaknya. 


Tinjauan di media sosial mendapati, ramai netizen khususnya lelaki menafikan dan mempertikaikan data kajian yang dikatakan tidak tepat. 


"Macam mana diorang dapat data ni? Tak ada pun kita dapat apa-apa mesej/emel untuk jawab kajian tu. Merepek!" kata Halim. 


"Siapa yang buat kajian dan pergi ukur? Kajian tak telus ni. Ukur pun ukur lelaki yang duduk di kondo saja buat apa?" kata Izuddin. 


"Sukar untuk dibuktikan secara rasmi, melainkan ada jabatan khusus untuk membuat kerja pengukuran." kata Radzi. 


Sumber: From Mars



source https://www.thereporter.my/2023/02/kajian-mendapati-saiz-kemaluan-lelaki.html
Previous
Next Post »