Pelanggan kesan tikus di kaunter pandu lalu, KKM arahkan restoran makanan segera ditutup 14 hari



Baru-baru ini tular di media sosial video/gambar penampakan seekor tikus berada di kaunter pandu lalu sebuah restoran makanan segera di Kota Kemuning. 


Difahamkan, video/gambar itu dirakam oleh pelanggan yang datang ke premis tersebut yang kemudian dimuat naik di media sosial sehingga mengundang banyak reaksi netizen. 


"Yes, memang patut pun tutup. Saya pernah masuk dan ingat nak makan situ. Tapi disebabkan kotor sangat kawasan makanan, end up makan dalam kereta je. Since that, I memang tak jejak premis ini," kata netizen. 


Bertindak di atas aduan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Klang telah turun ke lokasi untuk membuat pemeriksaan dan mengarahkan restoran berkenaan ditutup selama 14 hari bermula 8 hingga 21 Februari, mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. 


Tindakan itu diambil kerana premis tersebut didapati tidak bersih dan mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang ramai. 


Menurut pengguna Twitter, Afiq Shari, berkata, ini kali pertama dia melihat restoran makanan segera diberi notis perintah tutup. 


"Rare mat. First time dalam hidup tengok restoran fast food diarah tutup macam ni.


"Menurut orang kawasan ni, memang premis ini banyak sangat isu kebersihan sebelum ni," tulisnya. 


Sumber: Twitter Afiq Shari, Albudi Alsagoff



source https://www.thereporter.my/2023/02/pelanggan-kesan-tikus-di-kaunter-pandu.html
Previous
Next Post »