'Moment bila bunyi meowing tu fading, bunyi tulang cracking masa kena sambar *chef kisses*' - Lelaki ini mengaku adopt anak kucing untuk dijadikan makanan ular peliharaan



Baru-baru ini, seorang wanita memuat naik ciapan untuk berbual secara terbuka mengenai haiwan reptilia yang dibela bagi perkongsian hobi dan pengalaman masing-masing. 


Namun, tampil seorang lelaki berkongsi tips mengenai pemakanan ular di mana dia dan rakannya selalu mencari anak kucing yang hendak diberi secara percuma atau arnab untuk dijadikan sebagai makanan ular peliharaannya. 


"Saya dan rakan selalu adopt anak kucing percuma (atau arnab) untuk ular kami," katanya. 




Pendedahan lelaki itu mengejutkan warga Twitter, tetapi ada segelintir menganggapnya hanya sekadar bergurau sahaja. Tetapi semakan pada ciapan Jun 2022 mendapati dia pernah memuat naik ciapan untuk mencari anak kucing atau arnab di Twitter bagi 'menemani' ular peliharannya bernama Helga. 


"Hi all. Ada tau tak siapa-siapa nak let go any kitten or rabbit? I would like to adopt. My Helga is sunyi. Kesian dia. Area Ipoh," tulisnya. 


Difahamkan, lelaki berkenaan sebelum ini kerap memberi tikus kepada ularnya sebagai makanan harian. 





Pada Ogos tahun lalu, lelaki itu pernah menyatakan minat untuk hadir ke Pesta Meow yang diadakan di Curve, untuk mendapatkan anak kucing. Bagaimanapun, hasratnya itu terpaksa dilupakan kerana pihak penganjur mengenakan syarat bayaran RM150 bagi adoption fee. 





"Moment bila bunyi meowing tu fading during kena sambar tu is something amazing. And the sound of the bones cracking 'chef kisses'."


Sementara itu, ramai netizen mengakui geram dengan perbuatan lelaki berkenaan dan mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. 


"Tak guna! Orang bagi (anak kucing percuma) sebab percaya teman si Helga. Rupanya temankan dalam perut Helga. Sampai hatinya dia dengar anak kucing atau arnab menangis kena makan/belit," kata Oli Sykes. 


"Lepas ni sesiapa yang nak kasi adoption kitten or cat, kena tanya ada bela ular tak. Kalau tak ada dan rasa curiga, pergi visit profile, search 'ular', 'makan', 'kenyang'. Kalau rasa curiga, suruh dia buat live views rumah, tengok dalam bilik ke, special room untuk kucing," kata Ainaa. 


Ekoran tularnya ciapan itu, pencetus tweet asal tampil menafikan pengelibatannya dalam perbuatan lelaki itu. 


"Saya perempuan dalam tweet tu. Niat asal nak jumpa kawan-kawan baru yang suka reptilia, bukan nak jumpa psychopath. Tapi apakan daya. Every snake owners that I know either buy from feeders or breed rats themselves. He is a f***ked up human being," katanya.




Semakan di portal Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapati perbuatan sedemikian dikategori sebagai perbuatan yang menzalimi haiwan dan merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa melakukan kezaliman terhadap haiwan ke Mahkamah. 


Sumber: Twitter



source https://www.thereporter.my/2023/02/moment-bila-bunyi-meowing-tu-fading.html
Previous
Next Post »