'Entah siapalah yang salah... ku tak tahu' - Peniaga khianat Myvi gara-gara lewat alih kenderaan, jejas operasi kedai makan



Gara-gara tidak mengalihkan kenderaannya yang telah menjadi ruang perniagaan sebuah kedai makan berhampiran, sebuah kereta Perodua Myvi menjadi mangsa khianat pengusaha dan pekerja kedai berkenaan dengan memasang khemah besar dan menyusun kerusi meja berdekatan sehingga menghalang laluan keluar Myvi.


Tidak cukup dengan itu, kerusi turut diletak di atas Myvi sebagai tanda tidak berpuas hati dengan kelewatan pemiliknya mengalihkan kenderaan menyebabkan operasi perniagaannya terjejas dan jumlah pelanggan menyusut pada hari kejadian. Gambar-gambar kejadian turut viral di media sosial yang mengundang pelbagai reaksi netizen.


Menurut sumber, kejadian itu dipercayai berlaku di Chow Kit, Kuala Lumpur, bersebelahan dengan balai bomba. 





Sedangkan umum mengetahui bahawa, ruangan parkir yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan adalah hak milik bersama orang awam. Jika ada peniaga yang mahu menggunakan ruang parkir tersebut perlulah meminta permit untuk berbuat demikian. 


Bagaimanapun, pengusaha terbabit disyaki tidak berbuat demikian dan menyelar tindakan mereka yang jelas mengkhianat pemilik kenderaan tersebut. 


"Kereta tak salah parking. Owner kedai makan yang salah guna tempat parking jadi tempat letak meja makan untuk meniaga," kata Nureen. 


"Habis semua parking nak diletak meja makan. Pergi cari tapak yang besar la kalau dah tau kedai kau tu ramai customer," kata Amirul. 





"Itu parking awam, mana boleh pacak khemah sesuka hati dia. Biadap betul letak kerusi atas kereta. Owner Myvi sila saman dan fight di mahkamah. Jangan bagi muka kat kedai makan macam ni dan DBKL jangan tidur la, buat kerja betul-betul," kata Ron. 


"Parking lot bukan tempat hang meniaga. Yang hang sewa tu kedai je, bukan sekali parking lot," kata Hikmal. 


Sumber: Facebook



source https://www.thereporter.my/2023/02/entah-siapalah-yang-salah-ku-tak-tahu.html
Previous
Next Post »