Ura-ura tentang Samsung Galaxy S11 setakat ini – Rekaan baru, bateri 5000mAh dan paparan 120Hz

Seperti biasa, setiap awal suku tahun pertama Samsung bakal melancarkan siri Galaxy S terbaru mereka dan sekitar awal tahun 2020 Samsung akan memperkenalkan siri Galaxy S11 yang sekarang ini sedang rancak tertiris di arena web tentang spesifikasi dan rekaannya.

Baru-baru ini terdapat gambar fon sebenar bahagian belakang Samsung Galaxy S11 yang telah ditiriskan oleh Ice Universe menunjukkan bahawa peranti itu akan menggunakan rekaan kamera seperti Google Pixel 4, tapi berbentuk vertikal. Walaupun gambar fon tidak berapa jelas, namun rekaan kamera utama sangat jelas kelihatan.

Gambar : OnLeaks

Menurut ura-ura lagi, Galaxy S11 turut akan dilengkapi dengan kamera 108MP bersama keupayaan rakam video 8K, cip pemproses lebih berkuasa (Snapdragon 865/Exynos 990), bateri sebesar 5000mAh dan paparan segar semula 120Hz. Ya, akhirnya Samsung mungkin akan menggunakan paparan 120Hz pada peranti mercu mereka. Akhirnya!

Ada beberapa bulan lagi dari sekarang sebelum pelancaran siri Galaxy S11 dan ini menandakan maklumat yang tertiris sekarang ini boleh jadi adalah tepat dan mungkin juga agak tipis. Apa pun, sama-sama kita nantikan.



from TheSkop https://ift.tt/2s8pgvU
via IFTTT
Previous
Next Post »