China Kini Hampir Sedia Menggunakan Sistem GPS Tersendiri Supaya Tidak Bergantung Kepada Teknologi Barat

https://ift.tt/37sciZi

Tahun 2019 ialah tahun dimana Amerika Syarikat dan China memulakan perang perdagangan. Tarif yang tinggi mula dikenakan ke atas produk dari China oleh A.S bagi membalas tarif yang dikenakan oleh China ke atas mereka. Pada waktu yang sama A.S mula mengenakan sekatan ke atas syarikat dari China menggunakan alasan keselamatan negara. China kini sedar untuk terus menjadi kuasa besar, mereka perlu membangunkan teknologi serta sistem tempatan bagi mengurangkan pergantungan kepada teknologi dari Barat yang bila-bila masa sahaja boleh disekat.

Menurut laporan Nikkei Asian Review, China kini bersedia untuk melancarkan sistem satelit GPS tempatan sepenuhnya. Sistem satelit BeiDou (BDS) yang lebih menyeluruh dijangka akan mula beroperasi bermula pertengahan 2020. Dengan wujudnya BeiDou, China tidak lagi perlu bergantung kepada sistem Global Positining System (GPS) yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat, GLONASS milik Rusia atau Galileo milik Eropah.

Menjelang Jun 2020, BDS akan mempunyai 35 satelit di orbit bumi berbanding GPS yang hanya mempunyai 24 satelit. BDS akan digunakan untuk sistem pemetaan dan swapandu tempatan bersama dengan teknologi 5G.

Previous
Next Post »