Counterpoint Research: iPhone XR Adalah Peranti Paling Popular, Walaupun Sudah Hampir Ke Tahun 2020

https://ift.tt/39dRWV0

iPhone XR adalah peranti “kelas pertengahan” Apple. Ini kerana ia dijual lebih murah dari iPhone-iPhone lain dan adalah peranti iPhone yang boleh dikira murah sejak iPhone SE dilancarkan. iPhone XR dilancarkan pada tahun lepas, dan dijual pada harga RM3,599 di Malaysia.

Kini usia peranti ini sudah lebih setahun dan peranti ini masih lagi mengambil perhatian orang ramai. Malah, iPhone XR adalah lebih popular dari iPhone 11. Menurut Counterpoint Research, iPhone XR adalah iPhone yang paling laris dijual pada suku ketiga tahun 2019. Jualannya adalah lebih tinggi dari iPhone 11. Dengan penurunan harga yang Apple tawarkan, ia juga membantu meningkatkan lagi kutipan jualan peranti ini. iPhone XR sahaja sudah menyumbang suku kepada jumlah jualan Apple pada kutipan suku ini. Secara tidak langsung menjadikan iPhone XR adalah iPhone yang paling laris. Untuk suku ketiga 2019, jualan iPhone XR berada di tangga pertama. Manakala iPhone 11 berada di tangga kelima. Berikut adalah senarai jualan peranti terbaik untuk suku ketiga 2019 dari Counterpoint Research;

  • iPhone XR
  • Samsung Galaxy A10
  • Samsung Galaxy A50
  • Oppo A9
  • iPhone 11
  • Oppo A5s
  • Samsung Galaxy A20
  • Oppo A5
  • Xiaomi Redmi A7
  • Huawei P30

Nampaknya pada suku ini, kesemua peranti yang popular adalah peranti kelas pertengahan. Peranti mercu hanyalah Huawei P30, yang mana mungkin berjaya mendapat kutipan tinggi selepas ia dilancarkan semula selepas Huawei Mate 30 dilancarkan. Adakah peranti anda salah satu daripada yang tersenarai? Atau adakah anda gembira iPhone XR adalah peranti paling popular, walaupun sudah hampir 2020.

Sumber: Counterpoint Research, melalui 9t05mac.

Previous
Next Post »