Xiaomi Mi Watch Color Akan Dilancarkan Pada 6 Januari

https://ift.tt/2u1iNnb

Xiaomi akan melancarkan sebuah lagi jam tangan pintar pada 6 Januari hadapan. Xiaomi Mi Watch Color ialah peranti kedua di bawah penjenamaa Mi Watch yang dilancarkan bulan lalu dengan sistem operai WearOS.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi Mi Watch Color tetapi ia jelas menggunakan skrin berbentuk bulat. Ia juga pastinya menyokong skrin berwarna dan menggunakan WearOS. Imej  promosi yang telah dikongsi secara rasmi memberikan petanda ia kalis air sehingga sesuai dibawa ketika berenang. Xiaomi ialah pengeluar jam tangan pintar WearOS pertama yang dibenarkan menggunakan sistem operasi ini dengan pelancar MIUI.

Berdasarkan komen yang ditinggalkan pembaca Amanz, ramai yang tertarik dengan penawaran Xiaomi walaupun Mi Watch kelihatan seperti klon Apple Watch.

Previous
Next Post »