Samsung Memperlihatkan Projek SelfieType – Menaip Menggunakan Papan Kekunci Maya Yang Dipancar Melalui Kamera Swafoto

https://ift.tt/2tiMgbP

Samsung sering memperlihatkan sejumlah projek-projek menarik pada pelbagai acara memfokuskan teknologi, terutamanya daripada program C-Lab. Terbaru, dengan acara CES 2020 yang menjelang tiba, kini Samsung telah mengumumkan mereka akan mempertontonkan beberapa projek menarik.


Salah satunya adalah SelfieType. Melaluinya, ia akan menggunakan sokongan kecerdasan buatan yang diselaraskan bersama kamera swafoto pada telefon pintar – sekaligus membolehkan pengguna menaip ke peranti mudah-alih mereka melalui papan kekunci maya.

SelfieType

Sebelum ini, beberapa aksesori turut telah menawarkan fungsi lebih kurang sama – tetapi penawaran Samsung ini dilihat tidak memerlukan sebarang aksesori tambahan dan menggunakan kamera swafoto pada peranti mudah-alih.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan dikomersilkan kepada umum.

Previous
Next Post »