SK Hynix Dikatakan Bakal Memperkenalkan SSD Untuk Pengguna Pada Acara CES 2020

https://ift.tt/eA8V8J

SK Hynix ialah syarikat pembuat cip memori yang terkenal dari Korea Selatan, dan mereka sering dilihat membekalkan komponen storan dan memori kepada pembuat-pembuat peranti pintar dan sebagainya.

Syarikat tersebut dilihat mahu memperlihatkan komponen terbaru mereka sendiri melalui siri SSD Gold P31 dan Platinum P31 di acara CES 2020 tidak lama lagi.

Kedua-dua siri SSD ini merupakan SSD PCIe, dan dibina menggunakan cip storan 4D NAND 128 lapis terbaru daripada SK Hynix, iaitu tindihan terbanyak mereka setakat ini.

Buat masa ini, SK Hynix tidak mengumumkan sebarang butiran mengenai siri SSD ini, selain daripada ia akan hadir dengan variasi SATA dan PCIe.

Pilihan jumlah storan dan kelajuan penghantaran data masih tidak diketahui lagi, dan terdapat kemungkinan akan diumumkan di acara CES tidak lama lagi.

Previous
Next Post »