Sony Masih Gagal Memenuhi Keperluan Sensor Kamera Walaupun Kilang Beroperasi 24 Jam

https://ift.tt/2t0jeha

Sony bukan lagi kuasa besar dalam dunia telefon pintar. Pada tahun ini mereka mengecilkan jualan peranti mereka dengan Malaysia tidak lagi dianggap sebagai pasaran utama. Walaupun perniagaan telefon pintar mereka telah merudum, sebaliknya berlaku kepada perniagaan sensor kamera mereka. Walaupun kilang sensor kamera beroperasi 24 jam, mereka masih gagal memenuhi keperluan pelanggan.

Sensor kamera Sony digunakan oleh kebanyakan peranti di pasaran. Mereka memegang 51% pasaran sensor kamera pada suku pertama 2019. Dengan trend peranti mempunyai sehingga empat kamera, Sony perlu bekerja lebih keras untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Mereka telah membelanjakan 280 bilion Yen (~RM10.57 bilion) untuk  membina kilang baharu di Nagasaki yang akan beroperasi bermula 2021. Ini adalah bagi meningkatkan pengeluaran dengan sasaran memegang 60% pasaran sensor kamera menjelang 2025. Sony dilihat akan terus mendominasi pasaran sensor pada tahun 2020 kerana permintaan sensor 3D TOF mereka dilaporkan akan meningkat dengan Apple mungkin akan menjadi pelanggan utama.

Previous
Next Post »