https://ift.tt/eA8V8J
Semalam, telah kami laporkan yang akhirnya WhatsApp akan menghentikan sokongan untuk Windows Phone pada 31 Disember 2019, iaitu hari ini. Jadi, bagi mereka yang masih menggunakan WhatsApp pada Windows Phone jangan lupa untuk membuat sandaran dan pindahkan kepada peranti iOS atau Android terkini yang masih disokong.
WhatsApp bukan sahaja menghentikan sokongan untuk Windows Phone. Tetapi, peranti-peranti yang masih menjalankan Android 2.3.7 Gingerbread ke bawah dan iOS 8 dan ke bawah turut akan dihentikan sokongannya. Pengguna berpeluang menggunakannya sehingga 1 Februari 2020 dan pastikan terus membuat sandaran sebelum tarikh tamat tempoh bermula.