Android 11 Mungkin Tidak Lagi Mengehadkan Had Saiz Rakaman Video 4GB

https://ift.tt/eA8V8J

Anda mungkin tidak menyedarinya tetapi saiz video pada peranti dihadkan kepada 4GB sahaja. Secara lazimnya saiz video ini dicapai sekiranya melakukan vide0 4K30 selama 10 minit dirakam. Sekiranya video yang lebih panjang dirakam, lebih dari satu fail akan dihasilkan di dalam peranti untuk  setiap 10 minit. Akibatnya pengguna perlu menggabungkan lebih dari satu video untuk menghasilkan klip yang lebih panjang.

Masalah ini mungkin akan diselesaikan pada Android 11 kelak. Di dalam commit terkini Android 11, had fail video sebesar 4GB ini tidak lagi akan berlaku, Had ini wujud kerana kekurangan pada sistem operasi 32-bit. Google telah berjaya merekod video berterusan sebesar 32GB pada Android 11. Bagi mereka yang banyak merekod video panjang pada peranti Android, selepas ini masalah beberapa fail perlu disunting untuk menghasilkan klip panjang tidak lagi perlu dilakukan.

Previous
Next Post »