Kamera Infra Merah Motion Sense Pixel 4 Boleh Diakses Dengan Aplikasi Pihak Ketiga

https://ift.tt/2F9PUI0

Google Pixel 4 adalah peranti Pixel pertama yang menggunakan sistem menyahkunci peranti imbasan wajah sepenuhnya. Ia tidak lagi menyertakan sokongan pengimbas cap jari. Disebabkan itu, Pixel 4 sudah tidak menyertakan kamera swafoto dwi-lensa seperti Pixel 3. Akan tetapi, pada dahi tebal Pixel 4 ini ia bukan sahaja ada satu lensa kamera. Malah ia mempunyai lima lensa kamera yang ada fungsi tersendiri dan pengguna hanya boleh akses satu lensa sahaja untuk kamera swafoto.

Lensa yang dimuatkan pada dahi tebal Pixel 4 ini adalah, lensa 8MP swafoto, lensa infra merah jarak dekat pemancar banjir, lensa infra merah jarak dekat pemancar titik dan dua lensa tambahan infra merah jarak dekat. Empat lensa tambahan inilah yang digunakan untuk mengimbas wajah, seperti iPhone X dan juga digabungkan dengan sensor radar Soli untuk kawalan gestur atas udara. Terkini, terdapat aplikasi pihak ketiga yang membenarkan pengguna mengakses salah satu lensa infra merah jarak dekat Pixel 4.

Aplikasi ini adalah HedgeCam 2: Advanced Camera. Ia adalah aplikasi kamera dengan kawalan tambahan yang tidak terdapat pada aplikasi kamera asal. Pada aplikasi ini, ikon kamera swafoto boleh ditekan selama dua kali. Pertama adalah lensa biasa dan pilihan kedua adalah lensa infra merah. Lensa ini langsung tiada kualiti imej dan hanya memaparkan warna hitam putih pada kualiti rendah seperti kamera nampak malam. Menariknya, pengguna boleh ambil gambar seperti biasa dan simpan ke dalam galeri. Bagi pengguna yang musykil bagaimana lensa ini berfungsi, boleh cuba muat turun aplikasi ini.

Muat Turun HedgeCam 2 Di Play Store

Previous
Next Post »