7-Eleven merupakan salah satu kedai yang sedia popular di Malaysia dengan penawaran cawangan meluas termasuk operasi selama 24 jam. Terbaru, melalui pemfailan Bursa Malaysia, 7-Eleven mengumumkan yang mana mereka akan mengambil pegangan pada syarikat MyInteractiveLab.
MyInteractiveLab merupakan syarikat disebalik perkhidmatan Dego Ride – yang mana menawarkan perkhidmatan penghantaran, selain turut sedang melihat kepada penawaran perkhidmatan teksi-motosikal.
7-Eleven Malaysia mengambil pegangan sebanyak 46.5% pada syarikat berkenaan, yang akan melihat transaksi bernilai RM7.5 juta berlaku.
Dengan pengambil-alihan ini, ia akan membolehkan pihak 7-Eleven Malaysia memasuki arena teksi-motosikal, selain pada masa yang sama menggunakan Dego Ride dalam membuat perkhidmatan penghantaran untuk cawangan 7-11 seluruh negara.