Mayat lelaki ditemui dalam longkang, sukar diangkat kerana terlalu berat, rupa-rupanya...


Sudah menjadi lumrah orang awam akan heboh apabila terjumpa mayat manusia. Tetapi bagaimana jika mayat yang ditemui itu adalah gurauan semata-mata? Sudah tentu orang hanya mampu ketawa saja kerana terasa terperdaya, seperti kes yang viral di Filipina baru-baru ini. 

Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak bergerak di dalam longkang dan gambar penemuan 'mayat' itu dimuat naik ke Facebook oleh Ronald Bato Dela Rosa Solid Supporters. 

Orang awam percaya lelaki itu telah dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak ke longkang itu yang penuh dengan sampah, lalu memaklumkan penemuan itu kepada pihak berkuasa. 

Tidak beberapa lama kemudian, pasukan penyelamat tiba di lokasi dan cuba mengangkat mayat itu tetapi mengalami sedikit kesukaran kerana mayat itu berat.



Percubaan kali kedua, dua anggota penyelamat berkenaan terkejut apabila mayat itu secara tiba-tiba mencelik matanya. 

Setelah diperiksa, rupa-rupanya lelaki itu masih hidup dan dipercayai berada dalam keadaan mabuk sehingga terjatuh ke dalam longkang lalu tertidur. 

Sumber: Sosok


source https://www.thereporter.my/2019/12/mayat-lelaki-ditemui-dalam-longkang.html
Previous
Next Post »