Google Play Store Akan Dikenakan Caj Tambahan SST 6% Bermula Januari 2020

https://ift.tt/eA8V8J

Kerajaan sebelum ini telah pun mengumumkan yang mana sejumlah perkhidmatan digital akan dikenakan caj cukai bermula 1 Januari 2020 kelak. Selari dengannya, beberapa pihak telah mengumumkan langkah berkaitan, termasuk Adobe dan Facebook. Google turut tidak ketinggalan, dan kini telah mula menghantar emel kepada para pembangun.

Melalui emel yang dihantar, Google menyatakan Google Play Store turut akan dikenakan caj tambahan SST sebanyak 6% bermula Januari 2020 kelak.

Caj ini tertakluk kepada pembelian aplikasi, kandungan, dan juga pembelian dalam-aplikasi di Google Play.

Perubahan tambahan harga sebanyak 6% ini dijangka akan diperlihatkan kepada para pengguna bermula 1 Januari 2020 ini.

Previous
Next Post »