Netflix Memperlihatkan 10 Rancangan Popular Yang Ditonton Sepanjang 2019 Oleh Pengguna Malaysia

https://ift.tt/39qOJS8

Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular, dimana ia menawarkan sejumlah filem, siri-TV, dokumentari dan sebagainya. Ramai pengguna tempatan yang menikmati kandungan Netflix melalui pelbagai peranti, dan hari ini pihak Netflix telah mengeluarkan senarai rancangan yang popular pada tahun 2019 ini.

Melalui apa yang diperlihatkan Netflix, ia menunjukkan yang mana rakyat Malaysia lebih meminati filem berasaskan aksi dan romantik. Menduduki tangga pertama dalam senarai berkenaan adalah 6 Underground yang telah dilancarkan baru-baru ini, dan diikuti dengan Murder Mystery dan juga The Witcher.

Netflix mengatakan senarai ini adalah berdasarkan nombor akaun yang memilih untuk menonton kandungan berkenaan sekurang-kurangnya selama 2 minit dalam 28 hari pertama ia ditawarkan di Netflix pada 2019.

Bagi anda sendiri, apakah rancangan kegemaran anda di Netflix sepanjang 2019 ini?

Previous
Next Post »