Lenovo cadang laptop ini untuk lelaki dan wanita

Lenovo mencadangkan tiga kategori produk kepada pengguna sempena musim perayaan krismas ini. Ia termasuk produk untuk lelaki, wanita atau pengguna kasual.

Bagi perempuan, Lenovo mencadangkan laptop jenis 2-dalam-1 Yoga C640 yang menawarkan prestasi boleh tahan kepada wanita. ia didayakan prosesor Intel Core gen-10 dengan jangka hayat bateri sehingga 22 jam jadi wanita-wanita ini boleh keluar membawa laptop seharian tanpa masalah.

Tambahan pula, ia ringan.

Turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari dan TrueBlock Privacy Shutter, C640 memastikan wanita dilindungi dengan laptop yang selamat. Pada waktu malam, ia cukup untuk cinematografi terbaik untuk tontonan pada waktu malam selepas pulang daripada bekerja.

Manakala untuk lelaki, Lenovo mencadangkan Legion Y7000 untuk krismas ini. Ia juga laptop game dengan rekaan yang nipis dan mudah bawa.

Tanpa berkompromi dengan kuasa, laptop ini tetap sejuk walaupun bermain game dengan kerap manakala papan kekuncinya juga akan menyala.

Bagi pengguna kasualk, anda boleh mendapatkan ThinkBook 14 dan 15 sudah pasti direka untuk mereka yang mempunyai beban kerja tinggi.

Laptop jenis ini mempunyai pembesar suara Dolby Audio.

Lenovo Yoga C640
Lenovo Legion Y7000
Lenovo ThinkBook 14


from TheSkop https://ift.tt/2PAXfoS
via IFTTT
Previous
Next Post »